Utusan Malaysia Online; 28 Jun 2008

SHAH ALAM 27 Jun – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan mengeluarkan kenderaan berkuasa gas asli (NGV) bagi semua model keluarannya bermula Oktober ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Menurutnya, semua model Proton yang dilengkapi dengan kemudahan NGV itu nanti akan dipasang di kilangnya.

Bagaimanapun katanya, harga untuk model yang menggunakan NGV itu belum diputuskan, tetapi ia dijamin lebih rendah daripada yang ditawarkan syarikat lain.

“Kami sudah berbincang dengan kerajaan dua hari lalu dan bersetuju untuk mengeluarkan kereta NGV pertama negara pada Oktober ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kualiti Kesalahan Sifar Proton di kilang pengeluaran Proton di sini hari ini.

Setakat ini, semua pemilik kenderaan keluaran Proton hanya mempunyai pilihan untuk memasang tangki NGV berdasarkan konsep tenaga yang diperbaharui (RE) dan pengguna tidak mendapat pakej pemasangan lengkap yang lebih murah di kilang.

Syed Zainal Abidin menambah, pemasangan NGV di kilang juga diberi perlindungan oleh Proton selain menawarkan kualiti pemasangan yang lebih baik berbanding syarikat lain.

“Penggunaan NGV sudah diuji di Proton dan kami sentiasa memastikan penggunaannya menepati peraturan, selain dapat memberi kepuasan kepada pelanggan,’’ ujarnya.

Beliau berkata, kenderaan NGV itu nanti akan dijual di semua pusat jualan dengan harga pakej iaitu kos NGV termasuk dalam harga jualan.

Dengan itu katanya, kos untuk pemasangan tangki NGV lebih murah.

“Jika kita memasang tangki NGV di luar, pelanggan perlu membayar lebih dan tidak dapat menikmati pemotongan bayaran pendahuluan selain ia sebahagian daripada harga jual beli kenderaan Proton,’’ ujarnya.

Ketika ditanya mengenai usaha Proton untuk menembusi teknologi enjin hibrid, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya masih menimbang perkara tersebut.

Beliau meminta semua pihak memberi sedikit masa kepada Proton bagi memikirkan mengenai penggunaan teknologi berkenaan memandangkan enjin Lotus telah mempamerkan keupayaan tersendiri.

Lotus terkenal dengan keupayaan enjinnya. Malah, masih terlalu awal untuk kami memikirkan mengenai penggunaan teknologi hibrid di negara ini,’’ katanya.

3 comments:

kereta ada ngv tapi petrol pump tak banyak lagi...nak tengok dulu rupa kereta tu...

June 29, 2008 at 1:35 AM  

Sdr Harimau,

Sebab itu semua ini kerja kelam kabut - tiada persediaan dan perancangan. Sebab itu kdg2 kita bertanya, entah apa yg dibuat oleh kakitangan kerajaan dan ketua2 mereka sebelum ini? Kenapa tak terfikir bila kita keluarkan kereta NGV berlambak2 nanti, kat mana kita nak isi semula gas tersebut? Cukupkah dgn stesen Petronas sahaja yg hanya berjumlah tidak sampai 50 buah itu? Itu pun sekitar Lembah Kelang sahaja. Tidakkah ada cadangan utk membenarkan syarikat pengeluar petroleum lain menjual NGV yg sama? Sudahkah persediaan dan perancangan dalam bentuk perbincangan dan dokumentasi dibuat?

Saya yakin Proton mampu memasang kit NGV tersebut terhadap semua model kereta keluaran mereka. Mereka tidak mengeluarkan model baru. Jadi, memasang kit NGV tersebut tidak susah kerana selama ini pun, teksi2 di Lembah Kelang memerlukan sekitar RM3,500-5,000 sahaja utk memasang kit NGV itu. Sekiranya dipasang banyak, tentu harga kit tersebut murah dan kita boleh agak dan congak sebenarnya harga kereta Proton berkuasa NGV itu nanti.

Persoalan lain sebenarnya ialah, sudahkah pemandu bersedia menggunakan NGV? Bagaimana utk mereka yg masih skeptik dan takut dgn penggunaan gas di dalam kereta mereka? Bagaimana dgn pengetahuan keselamatan dan 'maintenance'? Memang bila kita terdesak dgn kenaikan harga petrol/diesel ini kita akan "melompat" utk mencari altenatif tetapi adakah kita betul2 bersedia?

Kerajaan tidak menaikkan harga NGV baru2 ini, setelah byk kereta NGV dikeluarkan nanti, apa kata kita/rakyat sekiranya kerajaan tiba2 menaikkan harganya dlm masa 6 bulan hingga ke setahun ini? Apa perasaan dan persepsi kita? Ditipu lagi?

June 29, 2008 at 7:14 AM  

kenapa proton macam n???
macam lalang la...
memandai aje kuar kete ada ngv...
cube kite pikirkan kata tun mahathir tentang ngv...
kenapa syarikat minyak lain tak jual ngv??
sebab ngv ni harga dia mahal..
biasa la, pasni dah banyak permintaan, pm flip flop kompom naik kan harga, dan si kerry leh la wat bisnes ngv...

July 2, 2008 at 2:33 PM