Analisis: Siap sedia hadapi pemberontakan rakyat

Oleh: Mohd Sayuti Omar
KLpos.com; 8 Jun 2008


KENAIKAN harga petrol 40% (Rm0.78) dan diesel sehingga 63% (RM1.00) bakal memberi bala besar kepada Abdullah Ahmad Badawi. Kesan sudah mulai dirasai rakyat ekoran kenaikan harga bahan bakar itu. Harga barangan makanan dan perkhidmatan lain sudah pun naik mendadak sejak dua hari lepas.

Rata-rata rakyat menjadi nanar dan tidak berapa siuman dan meletakkaan kesalahan itu 100% kepada Abdullah. Tindakan Abdullah itu mudah sangat dan seolah beliau tidak sedikit pun menggunakan kedua belah otaknya untuk mengatasi masalah yang wujud di sebalik melambungnya harga minyak di pasaran dunia itu.

Apabila beliau terus mengumumkan ia memberi gambaran beliau tidak mampu berfikir dan seakan sudah terdesak. Apakah masalah kewangan negara berada dalam keadaan parah sehinggakan kerajaan terpaksa mengorek saku rakyat?

Abdullah dan jemaah menterinya tidak ada ruang untuk berfikir atau berbincang dengan rakyat. Tindakan ini walaupun ia wajar, tetapi tidak bersifat bijaksana oleh Abdullah dalam perkara ini. Kalau negara dalam keadaan kritis adalah elok Abdullah berbincang dengan rakyat. Parlimen boleh digunakan untuk menjadi forum perbahasan sebelum diambil tindakan.

Secara bersendirian

Kalau beliau menggunakan Parlimen ia tidak begitu menampakkan sangat keputusan itu dibuat secara sendirian berhad dan terdesak.
Apabila beliau membuat keputusan sendiri, jangan salahkan rakyat kalau rakyat menjadi iseng memberontak menentangnya. Kalau rakyat kehabisan perbendaharaan kata untuk mencaci dan menyumpahnya.

Sekiranya masalah kewangan negara dalam keadaan kritikal dan ternyata Abdullah gagal menanganinya maka elok kalau beliau berundur. Abdulah ternyata sahih tidak layak menjadi pemimpin! Seorang pemimpin menjadi penyelesai masalah rakyat dan bukannya menambah bebanan hidup rakyat!

Kalau Abdullah masih liat untuk berbuat demikian, keadaan membahayakan dirinya. Tidak mustahil juga langkah pengumuman drastik kenaikan harga minyak itu akan menjadi permulaan ke arah beliau akan didesakan supaya berundur.

Ia akan ditimbun dan dicampur dengan pelbagai masalah yang wujud sejak beliau menjadi PM termasuk krisis kepercayaan dalam Umno.

Abdullah kena ingat apa yang berlaku kepada bekas PM, Mahathir Mohamad masih belum terjadi kepadanya. Tindakan perdana rakyat turun ke jalan-jalan raya mendesak beliau berudur seperti mana berlaku kepada Mahathir masih belum bermula.

Mahathir dulu tidak sampai tiga tahun setelah rakyat berdemon mendesak beliau letak jawatan, akhirnya beliau terpaksa akur dalam sedu sedan tangisan.

Jadi sebelum rakyat menjadi gila, eloklah kalau Abdullah mengambil keputusan bijak berundur sebelum taufan desakan berlaku.

Ternyata kini rakyat sudah tidak dapat bersabar lagi. Tanpa ada jolokan dan hasutan pihak pembangkang rakyat sudah mula menyedari bahawa nasib mereka di tangan Abdullah dalam bahaya dan tidak selamat. Kerana itu mereka tanpa dicuit akan mudah melakukan aksi protes.

Kerana itu walaupun Abdullah merayu agar rakyat tabah menghadapi masalah dan mengugut menerusi polis agar jangan mengadakan tunjuk perasaan, nampaknya ia tidak dipedulikan.

Rakyat lebih memikirkan masalah harian mereka daripada menghormati pemimpin yang mereka merasakan sia-sia berbuat demikian.

Sejak beberapa hari lalu dan pada Jumaat lepas sudah ada aksi memprotes kenaikan harga minyak secara mendadak itu. Permulaanya tidak mudah berakhir. Pasti protes dan desakan ini akan bersambungan sekiranya Abdullah tetap degil enggan menurunkan harga minyak.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) telah memberi kata dua kepada Abdullah agar bertindak segera. Protes mahukan harga diturunkan atau kerajaan berbuat sesuatu tindakan positif.

Sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi satu himpunan rakyat besar-besaran akan diadakan pada 21 Julai hadapan.

Berselindung

Sekiranya tunjuk perasaan mega itu berlaku, ia akan meletakkan Abdullah dalam lautan kebencian rakyat. Kali ini usahlah Abdullah berselindung di sebalik kebaikan dan keturunannya, rakyat tidak akan peduli. Bila sampai tahap perut berkeroncong manusia akan menjadi hilang arah dan emosi.

Sisa-sisa waktu masih ada bagi Abdullah memperbetulkan keadaan. Ada tiga langkah yang boleh beliau lakukan:

1. Beliau kena berundur daripada menjadi Perdana Menteri. Persoalannya kalau beliau berundur siapakah yang akan menangani masalah itu? Ternyata Mohd Najib Razak tidak berkemampuan. Menurut Anwar Ibrahim, Najib tidak tahu ekonomi. Memberi kerja kepada seseorang yang bukan ahlinya tunggulah akan kemusnahannya.

2. Jadi dalam Umno hari ini ada orang yang benar-benar pakar dalam ekonomi. Dia ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Abdullah boleh lantik Razaleigh menjadi menteri kewangan. Lupakan sekejap soal-soal peribadi dan tumpukan kepada menyelesaikan masalah negara. Rasanya Razaleigh tidak akan menolak kalau beliau diminta membantu negara. Lagipun beliau ke hulu ke hilir macam orang kemabukan ubi gadung sekarang ini pun atas nawaitu nak bangunkan negara.

3. Atau kalau Abdullah merasakan sukar untuk melakukan salah satu tindakan di atas, beliau serahkan saja kerajaan hari ini kepada Pakatan Rakyat. Biar Anwar Ibrahim yang tergila nak jadi menjadi PM menguruskan negara. Lagipun sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat mereka akan menurunkan harga minyak. Mari sama-sama kita uji Anwar apakah beliau mampu atau hanya sekadar omelan kosong dan kemaruk politik untuk menjadi PM sahaja. Lepas beliau menjadi PM dan beliau tidak pedulikan rakyat, harga minyak tidak turun juga marilah pula kita ramai-ramai sumpah Anwar.

Sekali lagi ditegaskan Abdullah kena berbuat sesuatu. Isu kenaikan harga bahan bakar itu bukan seperti isu Islam Hadhari ataupun penglibatan anak beranaknya dalam perniagaan yang menggunakan kedudukan (oportuniti) dalam kerajaan.

Isu minyak adalah isu tembolok yang mana dunia telah banyak mempamerkan isu ini boleh menyebabkan seseorang pemimpin atau kerajaan jatuh tersungkur! Kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam Umno tidak boleh digunakan untuk meredakan kemarahan rakyat atas kenaikan harga minyak!

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

3 comments:

Salam anakbuah biduanda,

Ini baru pertama kali aku menyelak blog kau. Isu MINYAK masih lagi tak habis. 'Cendawan Malaya' ada maklumat penting dari TOKYO.

Sila ke www.kulatlapok.blogspot.com dan baca hingga habis. kalau dah pernah baca,tak ape lupakan saja.

June 12, 2008 at 11:37 PM  

Terima kasih Sdr kulatlapok. Saya pernah baca email tu setahun dua lepas. Entah la...kontra dgn email tu yg suruh kita guna minyak Petronas, saya semalam dapat email dr rakan di tempat kerja lama....marah betul pulak dia dgn Petronas....siap nak menjerit supaya boikot Petronas. Saya paste-kan kesemuanya di bawah:

"Wahai warga mesia sekelian.... .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .

Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi
tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni
duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C. Minyak yang paling bersih adalah
minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih
bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan. Itu lah antara sebab2 nye... Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak
petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak
kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati....Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm
6+++... Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal
6+++ Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian. Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex@Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit
anda...

NuRuL AsMeY aB. HaLiM"

June 15, 2008 at 8:34 PM  

salam anakbuah,

alasan kau memang ada betulnya dan sebenarnya rakyat negara ini ramai yang tak tahu minyak yang terbaik sekalai didunia ialah MINYAK DASAR LAUT. So yang ada dasar laut ni Malysia n Brunei.

Tapi aku rasa kalau Petronas untung atau kakitangan nya dapat sedikit bonus pun tak asalkan duit tu kita dapat untuk negara dan tidak le mnegalirkeluar ke syarikat lain.

Lagi yang penting kot-kot PR yang dapat memerintah? Kan bagus duit dapak kat mereka bolehlah mereka gunakan seperti yang dijanjikan. Jangan pulak dah dapat sama je 2 x5 tu yang hampehhhhtu. wallahualam

Ps*Camnepun kita terpaksa guna minyak.

http:www.kulatlapok.blogspot.com

June 17, 2008 at 9:55 PM