mStar Online; 10 August 2008

PETALING JAYA:
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau rela berhijrah ke luar negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, seperti yang dilaung-laungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak mahu individu seperti Anwar yang pernah 'menikamnya dari belakang' ketika menjadi timbalannya dahulu mentadbir negara ini.

''Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari negara ini. Bagilah semua pada dia," kata beliau ketika menjawab soalan seorang peserta pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

Dr. Mahathir memecat Anwar pada September 1998 daripada jawatan Perdana Menteri dan dibuang daripada Umno pada bulan yang sama.

Beliau pula keluar Umno pada 19 Mei lalu atas alasan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN).

Selepas sabit kesalahan Anwar tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun termasuk pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yakin akan kembali ke Dewan Rakyat 27 Ogos ini serta membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

Dr. Mahathir yang dipetik Mingguan Malaysia berkata, beliau yakin Anwar tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini walaupun beliau yakin memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu dalam ceramah hampir 45 minit kepada kira-kira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh di Butterworth pagi ini, Anwar juga mempertikaikan kes liwat yang dihadapinya dengan mendakwa ia fitnah untuk memalukan dirinya, malah tidak berdendam dengan sesiapa serta telah memaafkan Dr. Mahathir.

"Saya tidak dendam dengan sesiapa pun dan telah memaafkan semua orang yang mengaibkan saya", katanya.

Anwar, yang genap berusia 61 tahun hari ini, berkata: "Pada 27 Ogos ini saya masuk Parlimen, 30 Ogos Perdana Menteri bentang bajet (Bajet 2009) dan kemudian kita gegarkan parlimen dan kita ambil alih jadi kerajaan".

2 comments:

salam

mungkin dr m, nak hijrah ke luar bumi kot or berhijrah ke dalam tanah....

kingsford

August 11, 2008 at 7:46 PM  

Salam,

Ye la, bagi petanda, umur pun dah lanjut.

Rasanya tuhan mmg biarkan dia nih hidup sampai dia tengok sendiri parti Umno (Baru) yg dia cipta hancur.

Dan mungkin juga istidraj - kalau tak jasmani, tuhan seksa emosi dia sampai dia lupa dgn kematian dan sebok dgn hal2 dunia (parti, harta, suku-sakat & dll).

Anakbuah

August 12, 2008 at 9:35 AM