Oleh: Muhammad Azli Shukri

Seterusnya: Menanti Sumpah Anwar - Azli Shukri

Saya sebenarnya tidak berhasrat menulis berkenan politik dalam blog saya ini, kerana ia lebih banyak mengundang fitnah daripada kebenaran. Namun demikian, apabila isu Mohd. Saiful Bukhari,bersumpah dan timbul pelbagai andaian dan tohmahan kepada beliau, saya terpaksa bercakap benar dan mempertahankan kebenaran. Jika tidak ilmu yang saya miliki ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Allah menurunkan firmannya berbunyi “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa-Setelah engkau beroleh pengetahuan yang meyakinkan tentang hal itu, maka katakanlah kepada mereka : Marilah kita panggil (kumpulan) anak-anak kami dan anak-anak kalian, isteri-isteri kami, dan isteri-isteri kalian, diri-diri kami dan diri-diri kalian, kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61)

Makna Mubahalah ialah, masing-masing pihak daripada orang-orang yang berbeza pendapat, dengan sungguh-sungguh berdoa bermohon kepada Allah agar menimpakan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta (yang berkeras kepada mempertahankan pendapatnya yang tidak benar).

Ramai yang nampaknya tidak faham mengapa mubahalah diperlukan dalam hal-hal tertentu. Perkara ini tidak terkecuali terkena dalam kalangan ulama-ulama ternama kita di Malaysia, sehingga ada yang tergamak mendakwa bahawa sumpah yang dilakukan oleh Saiful baru-baru ini umpama orang Kristian yang memegang Bible. Subhanallah. Perbandingan yang jauh daripada kebenaran. Setakat ini, hanya Mufti Perlis, Dr. Asri sahaja yang menyokong agar kedua-dua pihak, yakni Anwar dan Saiful bersumpah berkenaan kes liwat mereka tersebut mengikut cara yang digariskan oleh Islam. Soalnya, mengapa terdapat dua pandangan yang berbeza berkenaan konsep sumpah mubahalah ini? Mengapa mesti sesama ulama bercanggah pendapat lagi, jika sudah jelas firman Allah dalam surah Ali Imran tersebut? Jika kita sama-sama mengikut al-Quran sudah tentu tidak akan ada perdebatan lagi dalam soal ini.

Hal ini terjadi adalah disebabkan sesetengah ulama di Malaysia tidak mendalami fiqh al-Waki, yakni fiqh yang memahami keadaan semasa dan diselaraskan dengan maqasid syariah (tujuan-tujuan syariat yang diturunkan oleh Allah). Dalam isu Saiful ini, Ulama telah melihat isu tersebut dalam dua perspektif-pertama, bagaimanakah perundangan Islam, yakni hukum Islam menyelesaikan isu liwat yang membabitkan kedua-dua pihak, apakah syarat-syarat dan metodologi yang digunakan bagi mengheret kedua-dua pihak ke muka pengadilan-mengikut garis panduan Islam, apakah ada wujud kes atau sebaliknya. Ini merupakan konteks yang dilihat oleh sebahagian besar Ulama di Malaysia, melalui kaca mata perundangan Islam. Ulama yang melihat isu Saiful-Anwar dari sudut ini termasuklah Mufti Perak, Mufti Wilayah, dan Nik Aziz Nik Mat.

Satu lagi kaedah melihat kes Saiful-Anwar daripada kaca mata Islam juga ialah melangkaui cara pertama tadi, yakni melihat isu ini lebih besar daripada cara pertama yang tertera di atas, iaitu isu ini merupakan isu yang membabitkan maslahat umat Islam di negara ini. Isu yang melibatkan perpaduan umat Islam di Malaysia, isu yang membabitkan fitnahtul Kubra (fitnah besar ke atas umat Islam Malaysia), isu yang membabitkan tentang ketidakpercayaan masyarakat terhadap sistem yang ada di Malaysia, yakni ketidakpercayaan sebahagian besar rakyat terhadap badan kehakiman, polis, badan politik dan kepimpinan negara. Semua ini mengundang fitnah. Fitnah seperti mana yang kita sedia maklum, dosanya lebih besar daripada membunuh. Kaedah kedua ini telah dilihat oleh Mufti Perlis dan saya sendiri bersetuju melihat isu Saiful-Anwar ini dari kaca mata kedua ini, hal ini adalah kerana implikasi isu Saiful-Anwar ini kepada negara dan agama adalah amat besar.

Ini bukanlah isu berkenaan 4 orang saksi atau sebatan 80 kali, ini merupakan isu yang lebih besar daripada itu. Waki’ (realiti) yang dihadapi oleh rakyat dan negara sekarang ini ialah FITNAH. Fitnah yang sudah tidak mampu dibendung dengan sistem yang sedia ada. Kebenaran dan keadilan yang dicari oleh Anwar dan Saiful tidak akan dijumpai di mana-mana mahkamah di Malaysia ini, kerana sistem kehakiman itu sendiri sudah tidak dipercayai oleh kebanyakan orang. Apa-apa sahaja keputusannya, pasti akan ada tuduhan hakim telah di rasuah, konspirasi peringkat tertinggi dan sebagainya. Semua ini tidak akan menyelesaikan isu Anwar dan Saiful, malah keadilan dan kebenaran sama sekali tidak akan diperoleh kedua-dua pihak.

Hal ini adalah kerana, seluruh sistem utama di Malaysia (Polis, BPR, Kehakiman, Politik, Kepimpinan) sudah tidak dipercayai lagi, apakah yang tinggal untuk kita percaya lagi? di manakah tempat yang sama-sama kita percaya untuk mencari keadilan dan kebenaran? Akhirnya hati kita akan menjawab bahawa kita bertuhankan Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat yang kita sama-sama yakini untuk mengadu dan berharap, agar Dia menunjukkan kebenaran dan keadilan, setelah seluruh cara dan jalan penyelesaian lain gagal untuk menyelesaikan masalah Anwar-Saiful ini, maka mengapa terlalu berat untuk kita kembali kepada Allah?

Apabila kedua-dua pihak Anwar dan Saiful gagal membuktikan masing-masing tidak bersalah, dan saling mendakwa tidak bersalah, mengapa tidak sahaja kembali kepada surah Ali Imran di atas? Biarkan Allah menghukum mana-mana pihak yang bersalah secara terus, kerana isu Anwar-Saiful ini sudah menjadi fitnah besar kepada agama, masyarakat dan negara! Ulama-ulama harus melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas. Yakni menutup pintu fitnah yang sedang melanda negara kita.

Soal membawa 4 saksi dan sebagainya, itu soal kedua. Soal pertama yang seharusnya diselesaikan dahulu ialah ; siapa yang bercakap dusta dan siapa pula yang bercakap benar. Selesaikan hal ini dahulu. Bukti yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menghukum kedua-dua pihak yang mana bercakap benar dan yang mana berbohong. Lantaran itu, kita harus kembali kepada firman Allah di atas, “kemudian kita bermubahalah kepada Allah, mohon agar Allah menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta.” (Ali Imran : 61).

Saya tegaskan lagi di sini, kedua-dua pihak harus bersumpah kerana isu liwat ini sudah menjadi isu nasional dan mengharu birukan negara, fitnah memfitnah sudah bermaharajalela, caci maki menjadi kebiasaan, tuduh menuduh sudah sebati dengan masyarakat, buruk sangka sudah menjadi hidangan seharian kita. Semua ini merosakkan perpaduan umat Islam dan merosakkan kemuliaan agama Islam itu sendiri. Kebenaran dan keadilan sudah diperlecehkan oleh semua pihak.

Kalau kita dipihak yang benar, tiada sebab untuk takut. Soalan yang perlu kita jawap sekarang ialah, apakah dengan kedua-dua pihak melakukan sumpah mubahalah, maka ia akan mencemarkan nama kedua-dua pihak? Atau dengan bersumpah ini ia mampu membersihkan nama orang yang difitnah? Matlamat sumpah mubahalah adalah mencari kebenaran dan memohon kepada Allah ditunjukkan siapakah antara mereka yang berdusta dan berbohong! Itu sahaja. Jika Anwar percaya bahawa dia tidak berbohong, maka segeralah bersumpah. Selesai masalah, tidak perlu hubungi ulama luar negara untuk menentukan perlu atau tidak perlunya beliau bersumpah. Kembali sahaja kepada al-Quran di sana ada jawapannya. Jika beliau berani membuat demonstrasi, berani ditangkap oleh polis, berani melawan sesiapa sahaja, sama ada kerajaan Timur dan Barat, mengapa dalam isu sumpah ini beliau terlalu takut menyambut cabarannya dan melakukan sumpah mubahalah?

Saya sudah muak dan kecewa, apabila sudah ada cara penyelesaiannya di depan mata, kita masih tidak mahu menerima. Tanyakan kepada diri kita sendiri, jika kedua-dua pihak bersumpah mengikut cara Islam, isu ini pasti akan selesai tidak lama lagi. Cukuplah isu al-Arqam yang telah Allah tunjukkan kepada mereka dalam masa tiga bulan sebagaimana yang dipinta oleh pengikut-pengikut Ashaari Muhammad pada suatu ketika dahulu, yang akhirnya Ashaari Muhammad disumbat ke dalam penjara.

Walaupun hukum bersumpah ini mengikut pandangan ulama adalah makruh, namun demikian, hukumnya boleh berubah menjadi wajib apabila melibatkan fitnah yang besar ke atas masyarakat, agama dan negara. Anwar merupakan nama besar, baik di Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa. Jika beliau tidak bersumpah, maknanya beliau tidak mahu membersihkan namanya yang sering didakwa sebagai fitnah. Ke mana lagi Anwar ingin mencari kebenaran dan keadilan? Mahkamah di Malaysia? Soalnya adakah Anwar percaya kepada Mahkamah di Malaysia? Adakah penyokong-penyokongnya yakin dengan badan kehakiman di Malaysia? Anwar pada pandangan saya wajib bersumpah! Dan hukumnya bukannya makruh lagi.

Kita juga harus faham, dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, nabi bersabda, maksudnya sebegini, doa orang yang dizalimi sama ada orang Islam atau bukan orang Islam, jika mereka berdoa, doanya tidak akan ada sekatan lagi untuk sampai kepada Allah bagi dimakbulkan-Nya. Lantaran itu, jika Anwar merasakan dirinya dizalimi, doa dan bersumpahlah agar orang yang menzaliminya menerima pembalasan di dunia lagi. Dan Allah tidak akan mensia-siakan doa orang yang dizalimi. Jadi, apa yang Anwar takutkan?

Persoalan yang mendakwa bahawa, sekalipun Saiful dan Anwar bersumpah mubahalah, tidak semestinya Allah menurunkan laknatnya-Nya di dunia lagi, merupakan jawapan orang yang tidak yakin dengan agamanya sendiri. Jika sumpah mubahalah bukan bertujuan untuk mendapatkan jawapan segera daripada Allah, maka tidak turunlah perintah Allah kepada Rasulullah untuk melakukan mubahalah dengan perutusan kaum Nasrani Najran untuk sama-sama kedua-dua pihak mengikrarkan permohonan kepada Allah agar menjatuhkan laknat-Nya kepada pihak yang berdusta. Cara tersebut ditempuhi untuk mengakhiri perdebatan antara kedua-dua belah pihak mengenai kedudukan Isa putera Maryam. Sudah tentulah pihak Rasullah yang benar dalam isu ini.

Lantaran itu, hanya orang yang benar-benar ikhlas dan yakin bahawa dia berada di pihak yang benar sahaja, yang sanggup melakukan sumpah mubahalah ini. Sekarang, kita hanya menunggu laknat Allah akan terjadi atau tidak ke atas diri Saiful, jika tidak, maka kita sendiri boleh menjawab, siapakah yang bercakap benar dan siapa pula yang berbohong. Saya di sini juga ingin mencadangkan agar Anwar yang mempunyai hubungan yang baik dengan ulama-ulama Timur Tengah, ambillah cuti dan bersumpahlah di tanah suci, jika beliau benar-benar yakin beliau tidak berbohong dalam isu ini. Saya percaya, ramai jutawan yang sanggup “menaja” penerbangan beliau ke tanah suci untuk niat yang suci mencari keadilan dan kebenaran di hadapan Kaabah dan bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau benar-benar dizalimi. Susah sangat ke?

Kepada Ulama-ulama yang tidak bersetuju Anwar bersumpah, tolong tanyakan kepada diri sendiri, apakah dengan cara bersumpah ini maka masalah akan bertambah rumit atau masalah ini akan semakin hampir ke arah penyelesaiannya? Tanya juga, apakah yang kurang dan celanya, jika Anwar bersumpah? Apakah dengan Anwar bersumpah maka negara dan rakyat akan bertambah kecoh dan gundah gelana? Sebenarnya bersumpah adalah jalan terbaik untuk Anwar membersihkan dirinya daripada fitnah yang terlalu besar ini. Keyakinan rakyat akan pulih, suasana tegang akan kendur kembali, fitnah akan berhenti dan rakyat akan senang hati, jika benar Anwar difitnah selama ini. Tiada sebab mengapa ulama-ulama mencadangkan kepada Anwar agar beliau tidak bersumpah. Kecuali ulama-ulama tersebut mengetahui kisah yang sebenar dan dibimbangkan jika Anwar dimakan sumpahnya sendiri.

Apabila Presiden Pas Haji hadi Awang berkata berkenaan sumpah saiful tersebut seperti ini, "Itu satu kebodohan terhadap hukum Islam, malangnya melibatkan mereka yang memakai jenama agama. Itu (bersumpah) tidak menepati apa yang dikehendaki dalam hukum Islam. "Yang ada dalam Islam ialah li'an (iaitu sumpah melibatkan suami isteri)...sumpah dengan kitab suci ini ialah amalan Kristian yang bersumpah dengan Bible.

"Kita orang Islam mestilah li'an. Li'an ialah dalam tuduhan zina suami kepada isteri (tetapi) Anwar dan Saiful ini bukan suami isteri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu sumpah laknat menggunakan al-Quran oleh Mohd. Saiful. Beliau berkata adalah tidak wajar masyarakat menghukum Anwar berdasarkan tindakan Mohd. Saiful yang “kebetulan” dibuat sehari sebelum proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berlangsung. Menurut beliau, perkembangan terbaru itu tetap tidak akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan Pas kepada Anwar, sebaliknya parti itu akan terus membantu Anwar untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Haji Hadi seolah-olah tidak faham waki’ dan matlamat sesuatu syariat itu diturunkan, Dalam kenyataan ini juga seolah-olah Haji Hadi menafikan bahawa di dalam al-Quran terdapat ayat yang menerangkan nabi pernah bermubahalah dengan Nasrani Najran, jadi mengapa sumpah hanya dibataskan kepada Li’an semata-mata? Jelas beliau lebih mementingkan politik daripada mencari siapakah yang bercakap benar dan siapa pula yang berbohong! Haji Hadi perlu kembali melihat isu ini dengan jujur dan menyeluruh.

Kebenaran sebenarnya sudah semakin hampir di depan mata, tetapi malang, ulama sesama ulama masih bertelagah untuk mencari jalan pulang yang terlalu jauh. Banyak lagi yang ingin saya tulis, tetapi masa membatasi saya, namun demikian kebenaran tidak mungkin saya selindung lagi. wallahualam. Mohon ampun kepada Allah jika ada salah dan silap daripada hamba-Mu ini. Tiada niat lain, melainkan untuk mempertahankan kebenaran yang sudah pasti!

K Raveendran Nair
MalaysiaKini.Com; 9 Ogos 2008

Kebangkitan kembali Anwar Ibrahim dalam arena politik negara adalah satu kejutan di luar jangkaan. Ramai penganalisis politik pada awalnya berpendapat karier politik beliau telah tamat sewaktu terpenjara.

Maka, wajar beliau dibebaskan untuk menerima rawatan kesihatan bagi sakit tulang belakang atas sifat perikemanusiaan.

Lebih-lebih lagi apabila parti serpihan Umno, PKR hanya mempunyai kekuatan satu kerusi parlimen yang disandang oleh isterinya melalui pilihanraya umum 2004.

Namun semua persepsi akan matinya karier politik Anwar berjaya dipadamkan dalam sekelip mata melalui agenda "Harapan Baru Untuk Malaysia" dalam pilihanraya ke-12.

Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.

Keupayaan parti ini untuk memenangi kerusi DUN Sarawak, dan hampir kesemua kerusi yang disandang oleh BN telah berjaya dikurangkan undi majoritinya, sesuatu yang di luar jangkaan.

Bagaimanapun penganalisis di Semenanjung gagal menginterpretasikan mesej yang cuba dihantar oleh pengundi dari Sarawak.

Sekilas lalu, Anwar antara pemidato yang dikenali dengan gaya percakapan yang mampu memukau para pendengar. Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak zaman masih remaja dan bakat muda beliau lebih menonjol semasa menjadi penghuni Universiti Malaya.

Pada 1974, beliau melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan, penduduk Baling, Kedah mati kerana kelaparan.

Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan tetapi dalam senyap-senyap kerajaan BN terpaksa mengambil tindakan proaktif untuk membangunkan masyarakat luar bandar.

Kerajaan telah melancarkan skim-skim baru untuk mempertahankan harga getah, stok negara untuk getah, penubuhan pembangunan getah Risda, memberikan hak milik tanah kepada penduduk luar bandar, membina pusat asuhan kanak-kanak untuk menjaga anak penoreh getah dan sebagainya.

Kesemua ini telah dilaksanakan oleh kerajaan selepas demonstrasi Baling 1974.

Apabila beliau menyertai Umno pada awal 1980-an, ramai pemimpin muda terutamanya dalam PAS kecewa kerana Anwar dilihat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk membawa Islam ke alaf baru. Dalam bahasa Anwar, "beliau mahu membersihkan tong tahi dari dalam."

Walau Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri ketika itu, namun Tengku Razaleigh Hamzah adalah pemimpin utama yang memainkan peranan untuk membawa Anwar bersama Umno.

Hasil usaha Ku Li, Anwar dibebaskan daripada ISA dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam Umno. Jawatan pertama yang ditandangi oleh Anwar selepas beberapa bulan menyertai parti Melayu itu adalah ketua Pemuda.

Beliau memenangi jawatan tersebut dengan undi yang amat tipis dalam sekitar 25 undi sahaja. Namun keakraban beliau dengan Dr Mahathir mengembangkan pengaruhnya dalam parti.

Dalam tempoh masa 17 tahun, Anwar berjaya menguasai parti sehingga mencapai jawatan timbalan presiden sekali gus menduduki kerusi timbalan perdana menteri.

Umum berpendapat sekiranya beliau berkompromi dengan Dr Mahathir sewaktu krisis kewangan pada 1997-1998, kemungkinan besar beliau telah menduduki kerusi perdana menteri yang menjadi idaman setiap ahli politik.

Tetapi keseluruhan lanskap politik negara telah berubah apabila Anwar mengambil keputusan untuk melawan arus politik negara.

Sejak beliau tumbang daripada singgahsana kuasa, boleh dikatakan secara konsisten beliau bercakap atas paksi kuasa rakyat dan selepas 10 tahun berada di luar Dewan Rakyat, kini beliau sekali lagi beradu tenaga mencuba nasib untuk kembali ke kerusi parlimen yang sekali gus mungkin membuka ruang untuk beliau menjadi perdana menteri keenam negara.

Kerusi parlimen P44 boleh dikatakan secara tradisinya adalah milik Anwar sejak tahun 1982. Sebelum itu, kerusi tersebut kubu luat PAS. Dalam pilihanraya tersebut, beliau bertanding atas tiket BN menentang calon PAS, Zabidi Ali dan menang dengan majoriti 14,352 undi.

Pada 1986, beliau ditentang oleh Mohamad Sabu, tokoh muda PAS waktu itu (sekarang naib presiden). Walaupun menang tetapi Mohamad berjaya mengurangkan undi majoriti kepada 10,479.

Pada 1990, di kala Umno masih mengalami luka parah akibat pengharamannya dan perebutan kuasa yang menyebabkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46, Anwar masih berjaya mengekalkan kerusi beliau dengan undi majoriti sebanyak 16,150 dengan mengalahkan Mahfuz Omar (bekas ketua Pemuda PAS, kini ketua penerangan).

Pada 1995, DAP meletakkan calon Melayu di kawasan tersebut dan keadaan ini membuka ruang lebih besar kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,515 undi.

Calon DAP itu Abdul Rahman Manap. Bagaimanapun tiada siapa menduga, tahun itu merupakan pilihanraya terakhir bagi Anwar kerana belum sempat pilihanraya seterusnya diadakan, beliau telah ditumbangkan daripada singgahsana politik Umno.

Krisis kewangan yang kemudiannya berubah wajah kepada krisis perebutan kuasa dalam Umno menyebabkan Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara.

Walaupun tuduhan liwat dikenakan, namun kebangkitan rakyat memuncak apabila beliau hadir ke mahakamh dengan mata lebam.

Dr Mahathir mengisytiharkan Parlimen dibubarkan pada 1999 dua bulan sebelum Ramadan bermula kerana situasi bulan itu yang boleh dikatakan majoriti masjid dan surau telah dikuasai oleh pengikut Anwar.

Dr Mahathir khuatir, Ramadan akan digunakan secara maksimum untuk menghasut masyarakat Melayu untuk mengundi menentang Umno. Lagipun ketika itu, tempoh Dewan Rakyat untuk dibubarkan semakin hampir.

Dengan hati yang terguris air mata, Dr Wan Azizah Wan Ismail, seorang surirumah dan bekas doktor gigi, bangkit mempertahankan suaminya dan meneruskan perjuangan politik bagi pihak kekandanya.

Parti Keadilan Nasional dengan wajah baru untuk rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan agama ditubuhkan pada April 1999, lima bulan sebelum pilihanraya umum.

Dalam pilihanraya tahun itu, Dr Wan Azizah bertanding di kerusi P44 Permatang Pauh dan ditentang oleh bekas setiausaha politik Anwar sendiri dan juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad.

Ramai berpendapat tujuan utama Dr Mahathir meletakkan Dr Ibrahim untuk membunuh karier politik rakan Anwar itu kerana sudah menjadi rahsia umum beliau seorang kroni Anwar.

Kalau menang, Dr Ibrahim mempunyai masa depan yang cerah. Kalau kalah, yang akan terkubur Dr Ibrahim dan bukannya Umno.

Dalam pillihanraya umum tersebut, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 9,077 undi. Beliau menerima 23,820 undi, manakala Dr Ibrahim menerima 14,473 undi.

Boleh dikatakan dalam pilihanraya 1999, Umno telah diselamatkan oleh pengundi bukan Melayu. Namun sumbangan bukan Melayu dilupakan begitu sahaja selepas pilihanraya umum 2004.

Pada tahun itu, BN telah meletakkan bekas imam besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail untuk bertanding menentang Dr Wan Azizah. Namun faktor Anwar telah memberikan kemenangan solo kepada PKR.

Isterinya memenangi 21,737 undi, manakala Pirdaus menerima 21,147 undi. Dr Wan Azizah menang dengan majoriti tipis 590 undi - itu pun selepas pengiraan semula pada hari berikutnya.

Selepas pilihanraya tersebut, Umno menjangkakan PKR akan berkubur atau kembali merujuk Umno dalam masa terdekat. Namun kesemua jangkaan itu meleset.

Pilihanraya umum 8 Mac lalu menjadi satu titik perubahan dalam sejarah politik negara.

Anwar yang kembali daripada menerima rawatan sakit tulang belakang pada awalnya (setelah dibebaskan pada penghujung 2004) menggunakan "jaringan antarabangsanya" untuk menguatkan semula perhubungan beliau dengan negara-negara luar dan hampir setiap bulan berada di luar negara sama ada atas undangan pemimpin negara-negara yang dikunjungi atau untuk sesi ceramah di universiti-universiti terkemuka dunia.

Beliau kemudiannya mengalihkan pandangan kepada politik dalam negara dan menjanjikan "Malaysia Baru" sekiranya diberikan kepercayaan untuk kembali memimpin negara.

Berbekalkan kelemahan pemimpin BN dengan politik perkauman yang tebal, Anwar menggubal manifesto yang menjanjikan "Malaysia Baru."

Setuju atau tidak, terpulang kepada pembaca untuk menilai, janji untuk memberikan Malaysia Baru telah berjaya mempengaruhi massa untuk memberikan kepercayaan kepada gabungan tiga parti yang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Hasilnya empat negeri baru jatuh tersungkur kepada kepada Pakatan dan cengkaman ke atas negeri Kelantan terus diperkukuhkan.

Lebih mengejutkan, kuasa dua pertiga luntur daripada BN dan apabila masyarakat Malaysia bangun pada pagi 9 Mac lalu, pancaran matahari pagi seolah-olah menjanjikan harapan baru untuk Malaysia.

Untuk Anwar kekal relevan dalam politik, isterinya mengisytiharkan mengosongkan kerusi P44 untuk memberi laluan kepada suaminya. Walaupun pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan termasuk pengosongan kerusi sebagai satu strategi untuk menghalang tindakan undang-undang terhadapnya dalam kes moral, namun perkembangan tersebut sebenarnya menjadi satu medan politik yang terbaik untuk membuktikan kuasa rakyat.

Persoalannya, apakah BN sebagai kerajaan pusat mampu mengalahkan Anwar di P44 Permatang Pauh dengan kerajaan negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat?

P44, berdasarkan senarai pengundi yang digunakan dalam pilihanraya ke-12 mempunyai 58,449 pengundi. Pecahannya menunjukkan pemilih Melayu adalah majoriti dengan bilangan 40,563 atau 69.4 peratus. Pemilih Cina pula 14,320 orang atau 24.5 peratus, manakala India 3,507 orang atau 6 peratus.

Peratus keluar mengundi dalam pilihanraya itu tinggi iaitu 47,288 orang (81.8 peratus), manakala undi rosak pula 110.

Dalam kerusi parlimen ini terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. BN hanya menguasai Seberang Jaya dengan majoriti 533 undi. Majoriti tersebut telah berkurangan daripada 4,464 uni yang dimenangi dalam pilihanraya 2004.

Permatang Pasir dikuasai PAS, manakala Penanti dimenangi oleh calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin yang kemudiannyadilantik timbalan ketua menteri I Pulau Pinang. Kedua-dua kerusi tersebut dimenangi Pakatan Rakyat dengan majoritilebih besar berbanding 2004.

Saya menerima email di bawah drp rakan-rakan sekerja dahulu. Besar kemungkinan penulisnya adalah staff Proton sendiri.

Saya tidak perlu komen tentang apa yg beliau katakan tentang Proton dan kereta keluaran kilang Proton. W/pun ada maklumat mengenai Perodua dan kereta Perodua
yg tidak begitu tepat atau langsung tersasar (seperti peratusan share Daihatsu yg sebenarnya hanya 51% dan bukanya milik penuh), buat masa ini saya tidak begitu perduli. Mungkin beliau berasa terlalu patriotik pada masa itu, sehingga tersalah fakta.

Email beliau saya paparkan di sini atas semangat rakan automotif. Panjang beliau menulis, sayang kalau mesej yg panjang ini tidak sampai kepada sasaran. Jadi saya beri peluang utk email beliau ini di baca oleh lebih ramai pembaca (wider audience) - w/pun kita tidak tahu siapa penulisnya.

Tajuk "Wajarkah PROTON ditutup?"
provokatif? Ia adalah tajuk sebenar email yg saya terima. Tidak heran penulis mempertahankan Proton seperti di bawah.

-----------------

Assalamualaikum,


Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah R&D PROTON.

...........ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni..member atuk kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjin Renault) dan 2l untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di
Malaysia.

Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta
Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi.Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi..jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasar injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita guna
kan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang di reka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri..selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa
kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau
Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis. Atuk jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mula lah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama dia orang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang.... Sebab Perudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton.... Milik
Malaysia.

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita belajar... selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

o Saga - Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

o Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari
UK.

o Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang
kan cost. Hasilnya Proton Wira - Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sabab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok dashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau
kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

o Perdana - Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di
Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

o Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

o Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kabaikan dari mengambil consultant dari luar memang mebuka mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

o Gen2 - 100% dedesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. High Tensile High Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... Intact. Kukuh. Saudara saudari... Bila kita design kereta ni..yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

o Lain lain -
Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton
cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.

Tok..... Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami masih lagi dalam process untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai. Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita pandai
kan. Cuba check dekat Perudua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perudua... bekas Proton, Head of Styling... Bekas Proton, Head of Planning, Bekas Proton, Head of Production... bekas Proton (rasa rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services... Bekas Proton. Rata rata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton. Head of Production... Bekas Proton. Honda... pun ramai bekas proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head je... Bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oelh bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara... dari
America, Eropah sampai ke Jepun. Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertangdingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab tak nak anak anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak
kan dah 20 tahun nak merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja.

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar pengeluar yang bermasaalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton... 100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbul nya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam
Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahu la..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton (asalnya milik Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta,
Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif...tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea... susah. Sebabnya... 1 memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit. Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korban
kan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Protn baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kerata dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setaip test dan setiap bahna baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun Wak Segan nak join ngan proton tapi persaolannya boleh ke..? Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi.( salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta meraka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke
Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrasturcture jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita kat sana pun dia orang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik dia orang. Kita... apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German.... Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan
Malaysia.

Tok.... Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (Cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional... Proton sekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk meajukan negara dalam bidang teknology. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industry yang betul betul menggunakan kepakaran anak
Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi Bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main ciluk ciluk... switch to manual. Errr... siapa kata kita guna tecnology 70an?

The Blog Of My Life; 17 Ogos 2008

Minggu ini seluruh negara gempar dengan isu ketuanan melayu lantaran bantahan jalanan yang dibuat oleh para pelajar UiTM seluruh negara. Dakwaan segelintir NGO seperti GPMS, MPP UiTM, UMNO, yang kononnya MB Selangor telah menghina mereka dengan menyarankan agar UiTM dibuka kuota 10% kepada bukan bumiputra mengikut laporan akhbar media arus perdana.

Walau bagaimana pun, mengikut laporan Suara Keadilan, MB Khalid tidak pernah berkata demikian. Kenyataan beliau telah diputarbelitkan oleh media arus perdana seolah-olah Pakatan Rakyat mencabar ketuanan Melayu. Berikut adalah keratan dari laman Suara Keadilan kenyataan MB Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ulasan beliau berhubung pembukaan 10 peratus kuota Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada pelajar asing dan bukan bumiputera dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

Kata Abdul Khalid soal menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu perlu diberi fokus agar UiTM boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani.

Pihak kerajaan negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya yang turut mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan sesetengah pihak.

Tambahnya, kerajaan negeri juga berharap pelajar dan ahli akademik berusaha mengembleng tenaga membantu kerajaan negeri meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di negeri ini sekaligus dapat menjayakan polisi ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’.

Menyifatkan isu itu dipolitikkan, Dato’ Menteri Besar berkata UiTM, dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu yang melibatkan kuota.

Menurut beliau kenyataannya itu bukanlah dasar kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kenyataan itu dibuat beliau bagi menjawab soalan pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputera ke UiTM.

Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan bumiputera,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco petang ini.

Abdul Khalid juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputera dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Katanya kerajaan negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu.

- NOOR ALLIA KASSIM http://www.suaraselangormaju.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=496&Itemid=1

Jika diamati, maka apa yang digembar-gemburkan dimedia perdana hanyalah provokasi pihak berkepentingan politik sahaja. Para pelajar UiTM dijadikan mangsa dengan berita provokasi seolah-olah Pakatan Rakyat berniat jahat cuba mencabar ketuanan melayu. Bukan itu sahaja, malah para pelajar dikerah berdemonstrasi tanpa permit dijalanan, kononnya demi ketuanan Melayu dan ponteng kuliah.

Adalah amat mencurigakan hal ini berlaku tanpa kebenaran atau pengetahuan pihak pentadbiran UiTM sendiri. Ini adalah kerana pucuk pimpinan UiTM sendiri adalah orang kuat UMNO. Seperkara lagi, wakil MPP Luqmannulhakim dipetik sebagai berkata kepada mstar online,

“ Ketika ditanya sama ada perarakan dan perhimpunan yang mereka lakukan bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Luqmannulhakim berkata, UiTM tidak tertakluk di bawah AUKU tetapi tertakluk di bawah Akta 174, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 kerana sebelum mendapat status universiti, UiTM adalah sebuah institusi.

“Memang secara tidak langsung, ia bercanggah dengan akta tersebut yang kandungannya lebih kurang sama dengan AUKU tetapi jika ia dilakukan dengan keizinan Naib Cancelor, ia dibenarkan,” katanya. ”

Berbalik isu kuota, berbagai reaksi dari cerdik pandai amnya bersetuju dengan cadangan menambah daya saing UiTM dengan membuka kuota 10% kepada bukan bumiputra. UIA merupakan contoh terbaik dimana pembukaan kuota telah menambahkan daya saing universiti tersebut.

Saya sendiri sebagai alumni KPP/UiTM juga amat bersetuju jika UiTM dibuka kuotanya 10% kepada bukan bumiputra sebagaimana pernah dilakukan kerajaan BN memberi kuota bukan bumiputra pada MRSM, ASN, JPA dsb. Jika Artikel 153 dijadikan alasan, kenapa sebelum ini boleh tetapi sekarang tidak boleh? Jika alasan peluang bumiputra dikurangkan untuk belajar diperingkat universiti, itu adalah salah kerana kini terdapat ribuan kolej awam dan swasta dimerata ceruk negeri.

Apa lagi jika cadangan MB hanya untuk beberapa kursus tertentu sahaja dan bukan keseluruhan UiTM. Sebaliknya media telah memutar-belitkan kenyataan beliau sehingga dituduh khianat kepada bangsa Melayu

Semua institusi menawarkan peluang yang sama tanpa mengira bangsa, agama atau kedudukan. Yang menjadi ukuran adalah semangat untuk belajar dan berdaya saing. Wang ringgit tidak menjadi masalah kerana tabung PTPTN adalah untuk semua. Kini biasiswa adalah terhad, pelajar UiTM bumiputra sendiri pun tak dapat. Hanya pelajar terbaik dari segi merit sahaja layak mendapatnya. Oleh yang demikian isu ketuanan melayu tidak berkait langsung dalam soal pembelajaran diperingkat universiti jika kita benar-benar mahu nama universiti kita dijulang diperingkat tertinggi.

Walau bagaimanapun, hak kuota adalah hak mutlak dasar kerajaan yang memerintah serta pihak pentadbiran universiti untuk membuat keputusan. Mungkin UiTM agak berlainan kerana Chancellor nya adalah DYMM YDPA. Apa jua cadangan atau pendapat sesiapa demi kebaikan semua haruslah dibincangkan secara aman tanpa provokasi perkauman yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum diMalaysia.

Utusan Malaysia Online; 13 Ogos 2008

Berita berkaitan: Arif ada peluang menang, kata PM [MalaysiaKini.com]

BUTTERWORTH 13 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Ariff Shah Omar Shah bertekad untuk mengakhiri sumpahan 10 tahun kegagalan BN menawan Permatang Pauh.

Ariff Shah, 52, yang diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini berharap tuah akan berpihak kepadanya pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya iaitu salah satu daripada tiga DUN di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum Mac lalu dengan majoriti 533 undi, yakin pengundi Permatang Pauh akan membuat pilihan bijak.

Katanya, selepas tiga penggal Permatang Pauh berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk begitu kecewa kerana tiada satu pun pembangunan dibawa ke kawasan itu.

“Permatang Pauh memerlukan seorang wakil rakyat yang boleh berada di kawasan setiap masa dan memberi khidmat terbaik untuk penduduk,” kata Ariff Shah kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya BN di sini malam ini.

Ariff Shah sebelum ini merupakan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh, Ketua Pemuda dan juga Ketua Penerangan bahagian selain telah berkecimpung dalam politik sejak 20 tahun lalu.

Pilihan raya kecil kawasan Permatang Pauh diadakan ekoran penyandangnya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi berkenaan untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.

Selain DUN Seberang Jaya, Parlimen Permatang Pauh turut meliputi DUN Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd. Rahman dari Pas) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR.


Mat Zain Mat Isa
HarakahDaily.Net; 13 Ogos 2008

Lihat juga: Siasat dakwaan Singapura perluas kawasan rumah api dan Orchard owner: Singapore began lighthouse expansion in 1980s

Tidak habis-habis nampaknya negara jiran kita di selatan tanah air membuat karenah dan mengkhianati kepercayaan yang negara kita hulurkan.

Setelah berjaya membuat Malaysia berputih mata dalam kes perebutan Pulau Batu Putih secara undang-undang sebelum ini, kini republik itu dikatakan semakin berani memperluaskan kawasan 'takluknya' di Pulau Pisang pula.

Media massa negara sejak beberapa hari lalu kembali hangat memperkatakan karenah dan tindakan mencurigakan negara jiran itu. Timbul laporan mendakwa Singapura menjalankan kerja-kerja pembesaran rumah api Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor.

Menteri Luar, Dato' Seri Dr Rais Yatim memberitahu, pegawai Malaysia dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura diarahkan menyiasat dakwaan itu.

Menurut rekod, Singapura diberikan hak mengurus rumah api di laluan masuk ke Selat Melaka itu menerusi perjanjian pada 1900 yang dimeterai antara Sultan Johor dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Kawasan diperuntukkan bagi pengurusan rumah api itu hanya seluas 0.4 hektar. Ia kini diuruskan Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura.

Apa yang kini menimbulkan curiga ialah apabila pihak republik itu dikatakan membuat pembesaran kepada rumah api tersebut. Tinjauan beberapa pihak ke pulau berkenaan mendapati terdapat satu lapisan pagar baru mengelilingi kawasan rumah api.

Waris kepada pemilik tanah di pulau tersebut malah mendakwa sebahagian kawasan berpagar itu telah dibina di dalam tanah milik mereka. Terdapat kes di mana kawasan ditakluk Singapura itu membabitkan pemusnahan kebun milik rakyat negara ini. Ia dikatakan telah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat 15 buah rumah di Pulau Pisang dan kebun buah-buahan yang dimiliki oleh 87 penduduk tempatan, selain kawasan Perkuburan Orang Islam berusia lebih 200 tahun serta tapak surau lama.

Kedaulatan negara kita bagaikan dicabar apabila jeti yang digunakan pihak berkuasa Singapura untuk ke rumah api tersebut ditandakan sebagai jeti persendirian. Bahkan terdapat papan tanda dilarang masuk oleh pihak berkuasa Singapura. Apakah kawasan itu juga telah menjadi jajahan takluk republik itu?

Bukan hendak berburuk sangka dengan negara jiran kita itu. Bagaimanapun, mengambilkira tuntutan khianat republik berkenaan dalam kes Pulau Batu Putih sebelum ini, ada munasabahnya jika kerajaan kita lebih mencurigai tindakan Singapura itu.

Sebetulnya, pendekatan diambil Singapura dalam beberapa isu bilateral dengan negara kita sebelum ini sangat meyerupai sikap dan tindakan kaum Yahudi ke arah membentuk negara haram Israel dulu.

Yahudi menakluki tanah milik penduduk Arab Palestin dulu secara seinci demi seinci. Ia bermula dengan tindakan membeli tanah milik orang-orang Arab dengan tawaran harga yang tinggi. Ramai penduduk Arab seakan berlumba-lumba menjual tanah apabila tersilau dengan wang ringgit dan janji pembangunan di kawasan mereka.

Mufti Palestin ketika itu, Sheikh Aminul Hussaini dikatakan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan penduduk Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi. Ulama itu telah dapat mengesan niat jahat dan perancangan jangka panjang bangsa laknat itu sebenarnya untuk menguasai bumi Palestin.

Fatwa dan pendirian ulama itu bagaimana pun tidak dihiraukan penduduk Palestin. Mereka merasakan inilah masanya mendapat kekayaan dan membantu membuka peluang pembangunan ke tempat mereka. Mereka berkira-kira, apabila pembangunan pesat dibangunkan di negeri mereka nanti, mereka juga yang akan tumpang senang untuk mencari kerja, menambah rezeki dan seumpamanya.

Akhirnya, apa yang dibimbangi Sheikh Hussaini itu benar-benar terjadi. Apabila sudah terdapat sebahagian bumi Palestin menjadi hak milik mutlak bangsa Yahudi, ia memudahkan mereka melaksanakan perancangan jahat menakluki bumi negara itu yang selebihnya secara kekerasan.

Usaha mempertahankan bumi Palestin dari serangan Yahudi Zionis semakin sulit kerana kaum itu sudah ada puak mereka sebagai warga di bumi Palestin sendiri.

Apakah keterlaluan jika diandaikan bahawa kebodohan penduduk Arab Palestin dahulu itu seakan terjelma kini di selatan tanahair kita? Bukankah sudah banyak hartanah di negeri Johor menjadi milik rakyat Singapura kini?

Apa yang lebih mendukacitakan, usaha menjual bumi Malaysia kepada warga negara jiran itu bukan setakat dilakukan individu rakyat, malah dipromosi oleh kerajaan sendiri, terutama menerusi Wilayah Pembangunan Iskandar atau kini dikenali Iskandar Malaysia.

Projek pembangunan itu telah dipertikaikan banyak pihak akan kewajarannya. Selain dibimbangi akan dimonopoli syarikat-syarikat asing, hartanah kawasan berkenaan juga dikatakan cenderung dimiliki warga Singapura.

Akuilah bahawa selama ini kita terlalu baik dan berlembut dengan jiran kita itu. Mereka tak ada air, kita bekalkan. Bukan sahaja mereka boleh mengepam semahu mereka, malah harga kita jual kepada mereka jauh lebih murah berbanding harga kita kenakan kepada rakyat kita sendiri. Itulah 'cerdiknya' para pemimpin kita!

Mereka nak guna ruang udara untuk menguji penerbangan pesawat pejuang, kita tidak kisah. Kalau pun ada terdengar suara bantahan tentang gangguan ruang udara kita, ia hanya bersifat 'melepas batuk di tangga'.

Sebagai rakyat yang bermaruah, kita tidak bersedia melihat kehilangan lebih banyak kedaulatan ke atas mana-mana bahagian negara kita selepas ini.

Bukan hanya di Pulau Pisang, bahkan kawasan daratan yang nampaknya semakin rancak bertukar milik kepada warga Singapura kebelakangan ini.

Nasib malang menimpa Palestin akibat perancangan jahat Israel wajar dijadikan pengajaran.

Bacaan tambahan: Unlike Pedra Branca, Pulau Pisang is not up for grabs!

Analysis by Joceline Tan
The Star Online; 13 August 2008

There are many willing candidates but the top Umno leadership is still looking for someone special to take on Datuk Seri Anwar Ibrahim in Permatang Pauh.

WHEN Datuk Jalil Abdul Majid hitched a ride on the aircraft carrying Datuk Seri Najib Tun Razak back to Kuala Lumpur last weekend, the local grapevine had it that Jalil was lobbying the Deputy Prime Minister to be the candidate in the Permatang Pauh by-election.

Jalil, who is Permatang Pauh division chief, insisted the plane ride had nothing to do with lobbying. He said that on that particular day, he had to be in two places at about the same time.

Najib, who was briefing the Permatang Pauh grassroots leaders, wanted Jalil present. At the same time, Jalil had to attend the Penang Umno liaison meeting in Putrajaya. He could not afford to skip the latter meeting because the Penang Umno chief is also the Prime Minister.

But lobbying among Umno politicians in Permatang Pauh has been intense so much so that some meetings have resulted in heated arguments and table-banging.

There are many potential candidates but there has been no clear-cut front-runner. Reporters initially thought that the Umno top guns were being tight-lipped and giving them the run-around, but in reality they have been scratching their heads for a suitable name.

It needs someone pretty special to take on a superstar like Datuk Seri Anwar Ibrahim and the fact that names are still being tossed around shows Umno has trouble looking for that special someone.

The situation was aptly depicted by a cartoon in a Chinese daily showing Anwar in the boxing ring against a shadowy figure with a question mark as a face.

However, at least five people in the division leadership are itching to take on Anwar. Apart from Jalil, they are deputy chief Datuk Pirdaus Ismail, vice-chief Datuk Nasir Abdullah, Seberang Jaya assemblyman Datuk Arif Shah Omar Shah and former division Umno Youth head Razak Osman.

But the five potential names also happen to be rivals in the division elections and the top Umno leadership's worry is that if one is picked the others may retaliate by resorting to sabotage.

As a result, the search for the right man had been extended to people who have roots in Permatang Pauh but are not involved in the division's internal politics. They include former Nibong Tebal MP Datuk Zainal Abidin Osman and former Tasik Gelugor MP Datuk Seri Shariff Omar.

PKR cross-over Ezam Mohd Noor was an early favourite but was quickly dismissed because he has yet to be accepted by Umno members and is not even from Penang.

Zainal has the best credentials among the lot and also a wide network of relatives in Permatang Pauh but he is on track to becoming the next Nibong Tebal division chief and is too shrewd to get entangled in Permatang Pauh politics.

Shariff, known for his macho political style, would have been quite suitable but he is in his mid-60s and may have trouble with the local Umno warlords.

Umno politics in Permatang Pauh has been trailing PKR and PAS since Anwar's expulsion from Umno. The subsequent batch of Umno politicians who took over have languished in the shadow of Anwar's glittering personality even when he was in jail.

They have not been able to stamp their own personality in the area or attract new talent to revive the constituency. The frustrating search for a suitable candidate in the last week is testimony to the dilemma.

The conventional wisdom is that Umno may have to fall back to tradition and select from the division line-up. There will be some degree of retaliation from those who failed to make it but the campaign has the luxury of also relying on the party's national machinery.

The decision on the candidate is likely to be made on Thursday and the name will have to be announced by Friday.

After that, Permatang Pauh's version of the Olympics can begin.

Just for the record, blogger Ez42get writes (with minor editing):

"Looking at the list below, it looks like the BN government are more determined to help themselves rather than the citizens.

And this list below is not even barely exhaustive as these are the ones uncovered – the tip of the ice-berg, if you might want to put it! What lies beneath could be much larger:-

  1. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion (RM3.2 billion in 2008 ringgit)
  2. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
  3. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
  4. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion). Eric Chia, was charged with corruption for allegedly steering US$20 million (RM64 million) to a Hong Kong-based company
  5. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market
  6. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
  7. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million)
  8. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
  9. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million
  10. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum
  11. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown.
  12. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million.
  13. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
  14. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore scenic bridge
  15. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks
  16. National Astronaut Programme - RM 40 million
  17. National Service Training Programme - yearly an estimate of RM 500 million
  18. Eye on Malaysia - RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket
  19. RM 4.63 billion, 'soft-loan' to PKFZ
  20. RM 2.4 million on indelible ink
  21. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM 380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.
  22. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family
Bailouts:–
  1. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman's (Munir) office.Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion
  2. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
  3. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million
  4. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million
  5. Kuching Prison bailout costing RM135 million
  6. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million
  7. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million
  8. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.
  9. APs scandal had been going on year-after-year going back for more than three decades, involving a total mind-boggling sum of tens of billions of ringgits
  10. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
  11. Travel around Malaysia and see for yourself how many white elephants like majestic arches, roads paved with fanciful bricks, designer lamp posts, clock towers, Municipal Council buildings that looks more like Istanas, extravagant places of worship, refurbishment of residences of VIPs, abandoned or under-utilised government sports complexes and buildings, etc! Combined they could easily amount to the hundreds of billions of ringgits!
  12. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits. In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.
Whatever amount, you bet it is COLLOSSAL!

In Time Asia magazine issue on March 15 2004, South East Asian economist at Morgan Stanley in Singapore Daniel Lian, figures "that the country may have lost as much as U$$100 billion (RM320 billion) since the early 1980s to corruption." Mind you, this is only corruption and it does not include wastages and mismanagements which could be higher!


If the above list (which represent moneys saved) is added to the nation's coffer and together with Petronas profits, palm oil profits and profits from rubber, tin, agriculture produce, aquaculture produce, electronic and hardware exports, etc, for the past 5 decades, we can all agree on one thing - our country could be wealthier than Venezuela who has little resources except for oil. The petrol in Venezuela is RM0.16 per litre!."