LAGU WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesama kita

Cita lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutup hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa

Majulah dengan gagah perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara

2 comments:

Tahniah di atas blog ini

lagu warisan ini memang ada semangatnya bila di amati liriknya seperti mentera semerah padi....

salam ta'zim

March 25, 2008 at 8:24 PM  

Terkadang pelik juga,

Kenapa Lagu Warisan ini tidak pernah keluar radio? Dah macam lagu kongsi gelap pun ada...

Apapun...thanks 4 the lyric.

Salam.

http://harimau-menaip.blogspot.com/

May 2, 2008 at 10:02 AM